Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Label: , ,

Komik Dakwah

0 ulasan

Berikut beberapa komik yang saya ambil dari blog seorang sahabat saya di universiti.
Rakan saya itu giat menjalankan dakwah melalui komik-komik yang beliau lukis sendiri. Memang kreatif beliau ni. Harap pelawat-pelawat blog ini dapat mengambil manfaat darinya.

Isu Solat Tarawih
 
Isu Sayang Allah dan Rasul












Bagi yang berminat untuk membaca lebih banyak komik dari sahabat saya ini bolehlah melayari blog beliau.
mfrstudio

Label: , ,

Hari Ibu

1 ulasan

Jalan-jalan hari ini ternampak satu iklan pasal hari ibu. Jadi aku tertanya-tanya hari ibu berapa hari bulan ye..hehe maklumlah bukan nk ingat sangat hari yang camni. Tapi seingat aku macam bulan Mei je hari ibu. Sama juga dengan hari guru bulan Mei gak kan?
Jadi cam biasa menggunakan kemudahan internet dengan slogan "maklumat dihujung jari". Search aja di Google. Inilah hasilnya...


Sumber : Wikipedia.

Jadi kesimpulannya hari ibu tahun ini jatuh pada 13 Mei 2012.


Firman ALLAH , " Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Hah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). "  [ Al-Isra’: 23]

Label:

Bahagia

0 ulasan


Semua manusia inginkan kehidupan yang bahagia. Tapi bagaimana untuk menikmati kebahagiaan di dunia.

Disini ada info yang menarik untuk dikongsi bersama. Harap dapat member manfaat buat semua.

Tip2 untuk mencapai kebahagiaan -
1) Amal yang soleh :
“sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan ia
dengan kehidupan yang baik” (surah An-Nahl : 97)

2) Isteri solehah :
“Wahai tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara yang menyukakan
hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.” (Surah Al- Furqan: 74)

3) Rumah yang luas :
Menurut satu hadis baginda Rasul berdoa : “Ya Allah, jadikan rumah kami terasa luas”

4) Pendapatan yang baik :
Menurut satu hadis ada disebut ertinya “Sesungguhnya Allah Maha Baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik”

5) Akhlak yang baik dan penuh kasih sayang kepada sesama manusia:
“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada” (surah Al-Maryam :31)

6) Terhindar dari himpitan hutang dan sifat boros :
“Dan juga mereka ( yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan
tiada bakhil kedekut” (Surah Al-Furqan : 67)